Tuesday, August 3, 2010

sekapur sireh

ini adalah post pertama gua di blog gua...
gua berasa sangat berdebar-debar ...
perasaan ini saling tak tumpah seperti perasaan ketika gua berada bersama pegawai jpj ketika ujian kereta gua baru-baru ini dimana gua fail dgn sangat teruk..
gua berharap ramailah yang akan baca blog gua ini...

gua buat blog ini adalah kerana influence daripada seorang rakan gua iaitu fuad asri dimana stelah beliau memaksa gua membaca satu blook yang bertajuk 'kacip' dimana blook tersebut sangat menarik perhatian gua...
lalu gua dan seorang kawan gua iaitu kupi (bkn nama sebenar tp nama panggilan) membuat keputusan untuk membuat blog..
tapi setakat ni gua seorang je yang membuat blog..
kupi masih lagi leka dengan nikmat2 dunia dengan bermain game airline manager sehingga beliau sanggup tak tidur malam untuk menunggu harga minyak dalam game tersebut turun..
sedarlah hakikat wahai kupi game tersebut hanyalah mainan dunia sahaja..

pada pendapat gua .. blog ini agak bagus sebab boleh menjana pendapatan..
dimana pendapatan adalah masalah utama yang dihadapi gua sekarang..
gua telah berbincang dengan saudara kupi iaitu seorang kawan gua untuk mengeluarkan sebuah blook bagi menjana pendapatan kami..

supaya kami semua tidak perlulah menunggu wang pinjaman dari organisasi mara sambil memaki hamun organisasi tersebut..

oleh yang demikian gua sangat berharap ramai yang akan baca blog gua agar blog gua pun duduk sama rendah dan berdiri sam tingi dengan blog2 bertaraf antarbangsa..
target pertama gua ialah ingin memiliki jumlah follower yang lebih ramai daripada blog tun mahadhir.


sekian saja dari gua untuk kali ini..

ps: gua guna perkataan gua untuk membahasakan diri gua adalah sebab gua ingin menekankan yang bahawa gua memiliki imej rock yang agak tinggi walaupun gua tidak pernah menggunakannya dalam perbualan seharian.