Monday, April 2, 2012

Guinea Pig

Beberapa hari lepas, guinea pig gua mati. Walaupun muka gua macam geng-geng pecah rumah, seikhlas hati gua amat menyayangi bintang waima anjing jalanan yang merempat di tepi koridor bangunan-bangunan terbengkalai.

Gua beli guinea pig ni sebab nak tiru macam dalam cerita-cerita kat televisyen tu, balik rumah je cakap dengan guinea pig.
"Kiki, kiki, tadi kan, kite beli ikan keli kat Tesco, tapi ikan tu dah hilang, hum hum hum"


So long, my friend. Semoga kau berbahagia.

Friday, April 29, 2011

kupi #2

Hari ini Kupi pergi satu kedai farmasi yang jual barang-barang yang berkaitan kesihatan.

Antara barang-barang yang dijual di situ ialah pencuci muka.

Syarikat pengeluar pencuci muka tersebut mendakwa pencuci muka yang dikeluarkan mereka boleh mencerahkan kulit dalam masa 2 minggu, selain dapat menambah kandungan vitamin C dan zat besi ke dalam kulit muka pengguna.

Kupi hanya mampu menggelengkan kepala apabila melalui ruangan pencuci muka.

"pelawok, pelawok"hati kupi mendengus.



Nasib baik aku dah putih kata zuljairi.

Thursday, April 21, 2011

tengah bulan

terik ini, sudah menjadi satu trend atau satu fenomena bagi pelajar-pelajar ipt untuk lepak sambil belajar  di kawasan-kawasan, atau premis-premis yang dilihat mempunyai taraf yang agak tinggi seperti restoran mekdonad. 

fenomena ini dilihat semkain menjadi-jadi terutamanya selepas kemunculan telefon bimbit keluaran negara China yang hampir menyerupai telefon-telefon bimbit keluaran barat.

sekumpulan pelajar di sebuah ipt yang terletak si sebuah daerah di negeri Selangor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan juga tidak terlepas dengan fenomena ini, apatah lagi setelah sebuah lagi premis mekdonad telah siap dibina tidak lebih 10 km daripada ipt tersebut.

Daniel (bukan nama sebenar) telah ke premis tersebut pada satu malam yang indah bersama-sama rakan-rakannya.

Daniel terkenal di kalangan rakan-rakannya sebagai seorang yang sangat cermat dalam konteks pengurusan kewangan. dia sangat berjimat-cermat.

dia pernah hanya makan nasi berlaukkan sayur semata-mata untuk makan tengah hari.
lebih teruk lagi dia hanya makan nasi kosong apabila warung yang selalu dikunjunginya tidak menawarkan sayur percuma pada hari itu.

sedang asyik meneliti kandungan buku yang memuatkan banyak angka bersama rakan-rakannya,

Daniel tiba-tiba bersuara 
"ehe ehe eheeheeee"dia sakit tekak pada malam itu.

"aku nak makan burger la malam ni"kata Daniel.

hampir semua rakan-rakannya terkejut dengan dialog yang dilontarkan oleh Daniel itu, kecuali Rashid yang asyik mengkaji nombor-nombor ekor empat angka yang dipercayai akan naik hadiah saguhati keesokan harinya.

Mustapahar menepuk-nepuk meja "Gua caya sama lu, Daniel"

Munawir hampir menitiskan air mata "aku tak percaya kau akan berubah Daniel"

Daniel hanya mendiamkan diri.



5 minit selepas itu,
"brum..brum...brummmmmmm"

sebuah motorsikal bergerak dari arah restoran mekdonad ke arah gerai burger di seberang jalan.



Monday, April 18, 2011

Malaysia sebagai negara kapital facebook.

Tahukah anda?

1)Purata rakan-rakan di facebook rakyat Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia.
2)Rakyat Malaysia menghabiskan masa paling banyak menghadap facebook walaupun notification dah kosong.
3)Laman facebook mencatat jumlah pengunjung paling tinggi di Malaysia mengalahkan laman web rasmi JAKIM dan blog Che' Det.

Sekarang terdapat cadangan dari beberapa pertubuhan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kapital facebook.


Dan juga di sini.

teka sekali

Barang siapa yang dapat menjawab soalan-soalan ini, akan dianugerahkan dengan sebuah hadiah misteri. Hubungi gua dengan segera

Soalan Pertama :
Anda menyertai satu perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang anda berada di tempat yang ke berapa?



































































Jawapan 1 :
Jika jawapan anda mengatakan tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
================================================== =====






Soalan Kedua :
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama, ok?

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda berada di tempat...?(Sila Scroll Down untuk tengok jawapan)















































Jawapan 2 :
Jika jawapan anda ialah berada di tempat kedua terakhir, anda salah lagi! Siapakah yang terakhir sebelum anda memotong, anda ke orang tu? Bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?
================================================== =====







Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan menggunakan fikiran sahaja. Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah.

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapakah jumlah semua?















































Jawapan 3 :
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebenar hanyalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul.
================================================== =====







Soalan Empat :
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis :
1) Nana
2) Nene
3) Nini
4) Nono

Apakah nama anak gadisnya yang terakhir? (Sila Scroll Down untuk tengok jawapan)















































Jawapan 4 :
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! Sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!
================================================== =====







Soalan Bonus :
Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya? (Sila Scroll Down untuk tengok jawapan)















































Jawapan Bonus :
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dia nak. Mudah sahaja.
================================================== =====

Saturday, April 2, 2011

che guevara 1928-1967

Ernesto "CheGuevara 

ini lah hasilnya, bila masalah kebosanan berada di takuk yang amat serius.



Tahukah anda, gua amat menitikberat masalah pemanasan global, dan sentiasa mengitar semula bahan-bahan terbuang.

bak kata orang inggeris, "time to make a change, recycle now"




 

tempahan juga dibuka kepada sesiapa yang inginkan wajah mereka berada di atas kotak ini atau kotak lain.

next project-> mona lisa

Friday, April 1, 2011

Everyone’s talking about the MsiaGP next week. Free GRANDSTAND TICKETS & PARTY ticket for you guys!PERCUMA #ProtonLGRP

Ni ada satu pertandingan yang agak mencabar dan menarik.

Dapat tiket F1 grandstand, termasuk tiket party apa-kejadah segala.

Kalau tak minat pun klik dulu, mana tahu menang boleh jual tiket tu.

Sekian, terima kasih.




Everyone’s talking about the MsiaGP next week. Free GRANDSTAND TICKETS & PARTY ticket for you guys!PERCUMA #ProtonLGRP

kupi #1

Kupi, seorang lelaki yang berwibawa, dan handal bermain bola sepak merupakan salah seorang antara rakan-rakan gua.

Gua dan rakan-rakan gua amat sayang padanya kerana dia merupakan seorang kawan yang sangat mengambil berat dan suka menolong kawan-kawan gua.

Pada malam Isnin yang lepas, selepas azan berkumandang menandakan masuknya waktu Isya' bagi kawasan Sepang, Nilai dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, Fuad menjerit-jerit kesakitan.

Jangan salah sangka, Fuad bukannya menjerit kerana panas setelah mendengar azan. Malah, Fuad tidak tahu pun waktu Isya' telah masuk, dia berada di dalam tandas ketika bilal Taman Desa Vista, Pak Cik Ali Hishamudin mengalunkan azan.

Fuad menjerit kerana dia berasa sangat lapar. Lalu dia mengajak kami semua serumah pergi mengisi perut di sebuah restoran seafood yang terkemuka di Nilai.

Setelah sampai di sana, kami menjamu selera dengan sepuas-puasnya dan sudah menjadi adat bagi kami untuk lepak dan bersembang kosong setelah makan.

Namun, pada malam itu, Kupi dengan tiba-tiba bertanya kepada kami,

 "You all nak makan kerang rebus tak?"

Kami semua mengangguk kelaparan.

"Kalau minum air buah baru layan makan kerang"balas Kupi.

Tiba-tiba Kupi memegang telefon bimbitnya. "Gua kena balik dulu, Kedai Bundle Minah Maju kena rompak"

Kami semua mengeluh hampa.

Kupi terus berlari-lari anak ke arah kereta Satrianya yang didakwanya merupakan kereta paling laju di kawasan Banting.

15 minit kemudian,

Sedang kami asyik bergelak ketawa, tiba-tiba

Seorang pelayan datang dan membawa 2 pinggan kerang bakar, 3 gelas fresh orang, 1 gelas air tembikai, dan 1 gelas air epal susu.

"Salah meja ni kak" kata gua dengan riak angkuh.

"Tapi tadi member awak yang tadi order, yang gelap-gelap tu, kami dah buat ni" balas pelayan tadi dengan sedikit terketar-ketar, air yang dibawanya hampur tumpah.


Gua dan rakan-rakan gua amat sayang padanya kerana dia merupakan seorang kawan yang sangat mengambil berat dan suka menolong kawan-kawan gua.

Friday, March 25, 2011

fock

The way Arctic Monkeys pronounce the word "fuck."
"...Because she must be focking freezing..."