Friday, March 18, 2011

tsunami oh tsunami

poi poi poi

angin sepoi-sepoi bahasa bertiup pada pagi yang indah itu diselangi bunyi burung-burung berkicauan, ayam berkokok, kucing mengiau, dan arnab kecil merintih.

srup srup

gua menghabiskan titik-titik akhir air teh o suam itu.

sedang asyik gua melayan suasana aman pagi itu, gua tersentak. adik gua menjerit-jerit.

"jepun kena tsunami, jepun kena tsunami" jeritnya berkali-kali.

gua masih steady, gua habiskan sisa-sisa air tea o suam itu.

truttttt truttttttt

henset gua menggeletar bagai nak rak di atas meja.

"jepun kene tsunami, trg pown kene gk kowt, polis rmai dh kt pntai"  mesej daripada fuad, budak shuffle tegar.

gua terkejut, "hebat, boleh masuk tv ni"

"jom g tngok, ambik aku" gua reply.

"k" balas fuad.

15 minit selepas itu,

"aq on the way ni" sms fuad.

35 minit selepas itu,

prengg prengg

fuad sampai dengan menaiki motorsikal yang menggunakan sistem 2 lejang.

prengg prengg

dia terus memulas-mulas throttle motorsikalnya, asap memenuhi ruang hadapan rumah gua.
kucing-kucing yang mengiyau-iyau tadi tiba-tiba senyap.

gua dan fuad terus ke tempat kejadian.

tidak ramai orang di  situ pada pagi tersebut, polis bersantai-santai di bawah pepohon rhu. kelibat van tv3 dan rtm langsung tidak kelihatan.

tiba-tiba, gua ternampak sekumpulan kanak-kanak tengah pusing-pusing kat pantai tu.

gua dan fuad menghampiri mereka,

"buat mende ni? dok takut tsunami ke?" sapa gua.

"tengoh tunggu tsunami mari la ni, mana tahu ade buku dragonball hanyut " balas budak kecil itu.

gua terdiam.





fuad memilih untuk menunggu tsunami datang bersama-sama kanak-kanak tadi, "mana tahu, maria ozawa pun hanyut jugok.

No comments:

Post a Comment