Friday, April 1, 2011

kupi #1

Kupi, seorang lelaki yang berwibawa, dan handal bermain bola sepak merupakan salah seorang antara rakan-rakan gua.

Gua dan rakan-rakan gua amat sayang padanya kerana dia merupakan seorang kawan yang sangat mengambil berat dan suka menolong kawan-kawan gua.

Pada malam Isnin yang lepas, selepas azan berkumandang menandakan masuknya waktu Isya' bagi kawasan Sepang, Nilai dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, Fuad menjerit-jerit kesakitan.

Jangan salah sangka, Fuad bukannya menjerit kerana panas setelah mendengar azan. Malah, Fuad tidak tahu pun waktu Isya' telah masuk, dia berada di dalam tandas ketika bilal Taman Desa Vista, Pak Cik Ali Hishamudin mengalunkan azan.

Fuad menjerit kerana dia berasa sangat lapar. Lalu dia mengajak kami semua serumah pergi mengisi perut di sebuah restoran seafood yang terkemuka di Nilai.

Setelah sampai di sana, kami menjamu selera dengan sepuas-puasnya dan sudah menjadi adat bagi kami untuk lepak dan bersembang kosong setelah makan.

Namun, pada malam itu, Kupi dengan tiba-tiba bertanya kepada kami,

 "You all nak makan kerang rebus tak?"

Kami semua mengangguk kelaparan.

"Kalau minum air buah baru layan makan kerang"balas Kupi.

Tiba-tiba Kupi memegang telefon bimbitnya. "Gua kena balik dulu, Kedai Bundle Minah Maju kena rompak"

Kami semua mengeluh hampa.

Kupi terus berlari-lari anak ke arah kereta Satrianya yang didakwanya merupakan kereta paling laju di kawasan Banting.

15 minit kemudian,

Sedang kami asyik bergelak ketawa, tiba-tiba

Seorang pelayan datang dan membawa 2 pinggan kerang bakar, 3 gelas fresh orang, 1 gelas air tembikai, dan 1 gelas air epal susu.

"Salah meja ni kak" kata gua dengan riak angkuh.

"Tapi tadi member awak yang tadi order, yang gelap-gelap tu, kami dah buat ni" balas pelayan tadi dengan sedikit terketar-ketar, air yang dibawanya hampur tumpah.


Gua dan rakan-rakan gua amat sayang padanya kerana dia merupakan seorang kawan yang sangat mengambil berat dan suka menolong kawan-kawan gua.

1 comment: