Monday, April 18, 2011

teka sekali

Barang siapa yang dapat menjawab soalan-soalan ini, akan dianugerahkan dengan sebuah hadiah misteri. Hubungi gua dengan segera

Soalan Pertama :
Anda menyertai satu perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang anda berada di tempat yang ke berapa?



































































Jawapan 1 :
Jika jawapan anda mengatakan tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
================================================== =====






Soalan Kedua :
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama, ok?

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda berada di tempat...?(Sila Scroll Down untuk tengok jawapan)















































Jawapan 2 :
Jika jawapan anda ialah berada di tempat kedua terakhir, anda salah lagi! Siapakah yang terakhir sebelum anda memotong, anda ke orang tu? Bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?
================================================== =====







Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan menggunakan fikiran sahaja. Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah.

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapakah jumlah semua?















































Jawapan 3 :
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebenar hanyalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul.
================================================== =====







Soalan Empat :
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis :
1) Nana
2) Nene
3) Nini
4) Nono

Apakah nama anak gadisnya yang terakhir? (Sila Scroll Down untuk tengok jawapan)















































Jawapan 4 :
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! Sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!
================================================== =====







Soalan Bonus :
Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya? (Sila Scroll Down untuk tengok jawapan)















































Jawapan Bonus :
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dia nak. Mudah sahaja.
================================================== =====

No comments:

Post a Comment