Thursday, April 21, 2011

tengah bulan

terik ini, sudah menjadi satu trend atau satu fenomena bagi pelajar-pelajar ipt untuk lepak sambil belajar  di kawasan-kawasan, atau premis-premis yang dilihat mempunyai taraf yang agak tinggi seperti restoran mekdonad. 

fenomena ini dilihat semkain menjadi-jadi terutamanya selepas kemunculan telefon bimbit keluaran negara China yang hampir menyerupai telefon-telefon bimbit keluaran barat.

sekumpulan pelajar di sebuah ipt yang terletak si sebuah daerah di negeri Selangor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan juga tidak terlepas dengan fenomena ini, apatah lagi setelah sebuah lagi premis mekdonad telah siap dibina tidak lebih 10 km daripada ipt tersebut.

Daniel (bukan nama sebenar) telah ke premis tersebut pada satu malam yang indah bersama-sama rakan-rakannya.

Daniel terkenal di kalangan rakan-rakannya sebagai seorang yang sangat cermat dalam konteks pengurusan kewangan. dia sangat berjimat-cermat.

dia pernah hanya makan nasi berlaukkan sayur semata-mata untuk makan tengah hari.
lebih teruk lagi dia hanya makan nasi kosong apabila warung yang selalu dikunjunginya tidak menawarkan sayur percuma pada hari itu.

sedang asyik meneliti kandungan buku yang memuatkan banyak angka bersama rakan-rakannya,

Daniel tiba-tiba bersuara 
"ehe ehe eheeheeee"dia sakit tekak pada malam itu.

"aku nak makan burger la malam ni"kata Daniel.

hampir semua rakan-rakannya terkejut dengan dialog yang dilontarkan oleh Daniel itu, kecuali Rashid yang asyik mengkaji nombor-nombor ekor empat angka yang dipercayai akan naik hadiah saguhati keesokan harinya.

Mustapahar menepuk-nepuk meja "Gua caya sama lu, Daniel"

Munawir hampir menitiskan air mata "aku tak percaya kau akan berubah Daniel"

Daniel hanya mendiamkan diri.



5 minit selepas itu,
"brum..brum...brummmmmmm"

sebuah motorsikal bergerak dari arah restoran mekdonad ke arah gerai burger di seberang jalan.



No comments:

Post a Comment